Thursday 7 April 2016

Jiwa tenang tidak rasa dengki


Sebagai orang yang mengaku dirinya beragama Islam dan beriman kepada Allah, kita harus mengetahui dan mengakui hakikat bahawa nikmat itu adalah anugerah Allah. 

Jika kita ingin berhasil dan berjaya seperti orang lain yang berhasil dan berjaya, hendaknyalah kita berpindah pandangan kepada Allah subhanahu wataala, meminta kurnia dan rahmat dari-Nya, kerana gudang-gudang nikmat dan rahmat-Nya bukan untuk dimonopoli oleh seorang hamba sahaja tetapi adalah untuk semua makhluk-Nya.

Seterusnya kita harus memulai setiap usaha dengan doa dan usaha yang padu. Nabi Sulaiman telah meminta kurnia dan rahmat Allah dengan berdoa seperti yang terdapat di dalam al-Quran yang tafsirnya:  

Firman Allah SWT bermaksud: "Ya Tuhanku! Ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang jua pun sesudahku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi." (Surah Shaad, ayat 35).  

Kita sebagai kaum muslimin hendaklah selalu berdoa agar kita dan keturunan kita memperoleh ketenangan jiwa dan kebahagiaan hidup mencari anugerah Allah dengan melalui usaha dan ikhtiar yang merupakan perkara yang wajar, bukan dengan sikap iri hati dan dengki. Sedangkan cita-cita seseorang yang ingin sama orang lain; memiliki kenikmatan seperti yang dimiliki orang lain adalah wajar.

Dalam hal ini Rasulullah SAW telah menunjukkan sesuatu yang patut ditempuh dengan cara berlumba-lumba mencari dan mendapatkan kurnia Allah.

Sabda baginda yang bermaksud: "Tidak boleh iri hati kecuali dalam dua perkara iaitu seorang yang diberi oleh Allah nikmat harta kekayaan lalu dipergunakannya untuk mempertahankan hak (kebenaran) dan seorang yang diberi oleh Allah nikmat ilmu hikmat lalu dipergunakannya dan diajarkannya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Hasad golongan intelektual Hasad acapkali berlaku dalam kalangan golongan terpelajar atas sebab dengki dengan pencapaian orang lain. Namun, saya mahu khususkan kepada skop agamawan dan juga parti politik. Kita lihat hari ini ramai dalam kalangan agamawan yang hasad antara satu sama lain.

Sebab itu timbul fitnah-memfitnah, label-melabel berpunca daripada sifat ini. Tidak kurang ahli politik yang dengki kepada kejayaan parti yang lain hingga sanggup membuka aib lawannya di kalayak umum.

Oleh itu, golongan intelektual perlu ambil perhatian untuk lebih berhati-hati kerana sejarah telah membuktikan di mana ahli kitab tidak mengiktiraf Rasulullah walhal mereka mengetahui kebenarannya. 

Allah berfirman: Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Muhammad.” (Surah Al-Baqarah, ayat 109)                                            

Khasiat hebat Sakti Na Guarana

Guarana adalah sejenis tumbuhan memanjat atau menjalar di dahan-dahan tinggi pokok besar yang berasal dari Lembah Amazon dan banyak didapati di negara Amerika Selatan, berdaun besar dan mengeluarkan gugusan buah berwarna merah bila masak.

Guarana mempunyai nilai khasiat yang tinggi. Guarana kaya dengan guaranin, asid amino, bahan galian, vitamin, karbohidrat, tannin dan theine.

Semua ini membantu penyerapan oleh tisu badan dan pengawetan kemudaan. Ia sesuai bagi sesiapa sahaja, tanpa mengira jantina atau umur.

Tambahan pula, ia mudah diserap oleh badan manusia dan dengan itu menjadi makanan kesihatan yang dapat bertindak pantas.

Guarana mampu menambahkan kesuburan di kalangan pasangan yang berkahwin, ia memberi harapan kepada pasangan yang berkahwin yang inginkan anak tetapi tidak berupaya mendapatkannya

Untuk ibu-ibu yang mengandung, guarana dapat mengurangkan mabuk hamil dan menambahkan kandungan hemoglobin dalam darah, berfaedah untuk memastikan jumlah oksigen yang mencukupi dibekalkan kepada janin.

Kepada ibu dalam pantang selepas bersalin, guarana bertindak sebagai penggalak tenaga dan mempercepatkan pembaikan tisu selepas bersalin dan mengecutkan semula rahim.

Guarana juga membantu mengawal pusingan haid dar mengurangkan ketidakselesaan semasa haid seperti pening kepala, kekejangan perut, loya, penahanan air dalam badan, bengkak dan lain-lain lagi.

Kebaikan guarana: 
- Menghalang saluran darah jantung daripada tersumbat. 
- Menguatkan badan. 
- Kurangkan bengkak dan henti pendarahan luaran. 
- Penjagaan kulit dan kosmetik. 
- Menguatkan keupayaan seks. 
- Melawaskan kencing. 
- Awet muda. 
- Menguatkan sIstem imun. 
- Merendahkan kolesterol dan asid lemak. 
- Melindungi hati. 
- Memperbaiki sistem penghadaman. 
- Mengaktifkan sel-sel dan sistem saraf. 
- Memerangi radikal bebas. 
- Sumber tenaga utama. 
- Fungsi menyembuh yang unik.   
- Mencegah bengkak, bisul. 
- Memperbaiki aliran darah. 
- Melegakan anemia. 
- Menghindarkan kesejukan kaki dan tangan. 
- Mengawal keguguran rambut. 
- Membaiki tekanan darah. 
- Mengimbangkan kandungan gula dalam darah. 
- Mengawal kencing manis. 
- Menghindarkan rasa kepenatan.  
- Menambahkan kesuburan.  
- Mengurangkan mabuk hamil. 
- Menambahkan kandungan hemoglobin dalam darah. 
- Membantu janin mendapat jumlah oksigen mencukupi. 
- Mempercepatkan pembaikan tisu selepas bersalin. 
- Mempercepatkan pengecutan rahim.  
- Membantu mengawal pusingan haid. 
- Mengurangkan ketidakselesaan semasa haid. 
- Menghalangkan saluran darah tersumbat
- Meningkatkan keupayaan otak. 
- Melegakan sakit kepala, sakit saraf, sakit sendi. 
- Membantu proses penghadaman. 
- Meningkatkan kadar penyerapan zat makanan. 
- Menghentikan sembelit. 
- Mencegah keracunan makanan. 
- Menghilangkan kesan jerawat

Serondeng dimasak sehingga kering

Serondeng merupakan sejenis masakan daripada siatan daging, ayam, ikan dan sebagainya yang dimasak bersama santan dan rempah-rempah sehingga kering, dan kadangkala berminyak agar tahan lama.

Serondeng dimasak dan dikacau tanpa henti hingga betul-betul garing atau kering kerana dengan cara itu saja ia akan tahan lama. Serondeng atau dalam dialek Kelantan dipanggil 'sambal' yang dimasak kering boleh disimpan lama hingga satu tahun.

Selain dimakan bersama nasi sebagai 'perisa', serondeng juga dijadikan inti untuk beberapa jenis kuih, terutamanya ketupat bucu atau ketupat palas. Selain itu ia juga dicampurkan ke dalam bubur, oak dan makanan dalam bentuk cair atau lembik. 

Di Kelantan, antara lokasi penghasilan serondeng terkenal ialah di Kampung Kubur Maras, Kota Bharu dan Kampung Laut Tumpat. 

Selain itu terdapat juga pengusaha serondeng di Machang dan Pasir Mas yang tidak kurang juga terkenal menghasilkan serondeng terbaik.

Setiap pengusaha serondeng memang ada resipi masing-masing. Namun, tidak banyak beza antara satu sama lain. 

Selain, menggunakan ramuan berbeza, satu lagi ciri perbezaan serondeng ialah sama ada ia dalam keadaan garing, kering atau lembab. 

Serondeng garing adalah kering sepenuhnya. Teksturnya seakan-akan hancur. Boleh disimpan lebih lama.

Serondeng kering tidaklah kering sepenuhnya. Masih ada kelembapan dan teksturnya agak lembut. Boleh disimpan melebihi setahun. 

Manakala serondeng lembab dalam keadaan berminyak. Teksturnya agak lembut. Boleh disimpan sehingga 10 bulan.

Ketiga-tiga jenis ada peminat mengikut cita rasa masing-masing. Sesuai untuk dimakan dengan nasi, dijadikan inti kuih mahupun dicampur dalam makanan jenis bubur.