Monday 23 May 2016

KHASIT ALOE VERA GEL FOREVER

Aloe vera atau lebih dikenali sebagai pokok lidah buaya adalah antara tumbuhan semula jadi yang paling banyak khasiat kepada manusia sama ada untuk kegunaan luaran mahupun dalaman.

Jika dilihat pada struktur tumbuhan aloe vera itu sendiri, bahagian luar daunnya yang keras dan tebal secara semula jadi memerangkap dan menyimpan air yang kemudiannya berubah kepada bentuk jeli.

Jeli pada bahagian berkenaan mempunyai pelbagai khasiat untuk manusia yang mana kebaikannya terutama pada kulit. Keadaan itu dapat dilihat pada sifat semula jadi jeli yang bertindak membaluti dan melindungi bahagian daun yang terdedah selepas beberapa jam dikerat.

Bahagian dalam jeli yang terdedah itu akan terlindung daripada serangan bakteria. Sifat perlindungan semula jadi itu akan terhasil apabila jeli itu digunakan untuk memelihara kulit manusia.

Berdasarkan beberapa kajian, aloe vera adalah tumbuhan paling banyak khasiat yang digunakan untuk kesihatan dalaman dan luaran sejak lebih 5,000 tahun dahulu.

Antara komponen aktif yang terkandung dalam tumbuhan ini adalah air, pelbagai vitamin (A, C, E, B1, B2, B3, B6 dan B12) dan mineral (kalsium, magnesium, zink, kromium, selenium, sodium dan zat besi), enzim serta asid amino.

Komponen terbaik aloe vera ialah mempunyai sifat membersih dan anti-septik, bertindak dengan kuat terhadap bakteria, virus dan kulat.

Tumbuhan ini juga berupaya menghalang jangkitan kerana bersifat anti bakteria. Berfungsi memelihara kulit dan membaiki sel yang rosak dan penghasilan kolagen dan protein yang mengawal proses penuaan kulit dan kedutan.

Mengambil kebaikan khasiat pokok aloe vera maka lahirlah produk Forever Aloe Vera Gel.

Keistimewaan Forever Aloe Vera Gel
:
- Kesegarannya dikekalkan pada 99.875% dengan menggunakan teknologi penstabilan. 
- Teknologi pembuangan kulit menjadikan ia selamat diminum. 

Pengambilan aloe vera membantu tubuh dengan membuang apa yang tidak baik dan meningkatkan kualiti dalaman tubuh.

Kenapa perlu minum aloe vera?
- Jika anda sihat, minuman aloe vera akan meningkatkan kesihatan organ dalaman anda dan menjadikan anda lebih cergas, bertenaga dan sihat.
- Jika anda kurang sihat, ianya akan membantu perawatan organ dalaman tubuh anda

Pengambilan Forever Aloe Vera Gel bergantung kepada individu. Ada yang bermula dengan dos yang besar seperti setengah gelas mahupun secawan ataupun bermula dengan dos yang kecil seperti 20ml dua kali sehari atau mengambilnya dalam lingkungan 60ml dua kali sehari - waktu pagi sebelum bersarapan dan sebelum anda tidur.

Untuk kesan yang maksimun, elakkan dari makan apa-apa selama sejam selepas pengambilan aloe vera

Kanak-kanak untuk usia setahun ke atas - berikan 15ml dua kali sehari

Aloe Vera bukanlah sejenis "overnight cure" yang akan melakukan segala-galanya dalam tempoh yang singkat. Pun begitu setiap orang mempunyai tempoh masa yang berbeza untuk melihat kesannya.

Apa yang penting, segala amalan yang tidak sihat seperti merokok, makan makanan yang tinggi kolesterol dan seumpamanya haruslah dihentikan. Berikan ruang untuk tubuh anda mengalami pembaikan atau istilahnya adjustment.

Bolehkah pesakit kencing manis mengambil Aloe Vera Gel?
Dalam sesetengah pesakit kencing manis, didapati Aloe Vera meningkatkan jumlah insulin yang dihasilkan oleh badan.

Sesiapa yang mempunyai diabetes yang ingin mengambil aloe vera harus sedar tentang perkara ini dan harus berunding dengan doktor mereka untuk memastikan bahawa tahap insulin mereka adalah betul dan dipantau dengan teliti.

Terdapat ramai pesakit kencing manis kini minum gel atau jus aloe vera dan mendapati bahawa diabetes mereka "under control" di mana berat badan mereka adalah lebih stabil dan mereka lebih bertenaga.

Alahan dan masalah kulit? Jika takut untuk menghadapi alahan, ambil langkah "ujian pertama" - minum dos pertama anda dan lihat kesannya. Bagaimanapun setakat ini belum ada masalah dan menjadi penawar kepada pelbagai permasalahan kulit.

Bolehkah wanita mengandung mengambil Forever Aloe Vera Gel?
Sebagai peneraju pengeluar produk kesihatan berasaskan Aloe Vera di dunia ini, produk ini adalah tulen dan stabil serta telah dapat digunakan dengan selamat oleh wanita-wanita hamil.

Tempoh keberkesanan penggunaan Forever Aloe Vera Gel bergantung kepada penerimaan badan individu. Sebagai bahan semula jadi, ianya mengambil masa untuk perawatan tubuh dan bergantung kepada individu itu sendiri kerana tahap tindakbalas badan manusia adalah saling berbeza. 

Saturday 14 May 2016

Janji tanda kesediaan laku sesuatu


Setiap hari kita tidak terlepas daripada mengucapkan perkataan bermaksud janji. Mengucapkan perkataan seperti saya akan, boleh, jangan bimbang, lain kali, lepas ini dan akan diuruskan juga boleh diertikan telah membuat janji. 

Semua janji adalah perkara penting dalam kehidupan kita. Menepati janji adalah sendi kehidupan Muslim yang menjadi tanda kepada keimanan. Oleh itu jangan mudah mengucapkan janji jika difikirkan tidak mampu ditepati. 

Allah memerintahkan agar setiap orang beriman menyempurnakan janji yang dibuat. Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Sempurnakan janji-janjimu.” (Surah al-Maidah, ayat 1).

Menepati janji adalah sifat terpuji yang harus dilakukan setiap Muslim sepertimana diamalkan di kalangan para rasul. Kekuatan peribadi para rasul dalam menepati janji disebut dalam al-Quran sebagai bukti kenabian seseorang nabi. 

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya dia (Nabi Ismail) adalah benar menepati janji, dan adalah dia seorang rasul lagi berpangkat nabi.” (Surah Maryam, ayat 54).

Setiap janji melakukan kebaikan wajib ditepati dengan sedaya usaha. Bagaimanapun, janji melakukan perbuatan dosa tidak wajib ditepati, bahkan haram ditepati. Janji melakukan dosa tidak termasuk dalam maksud janji yang disuruh dilaksanakan. Bahkan, janji melakukan keburukan adalah ditegah sama sekali.

Sesungguhnya, apabila membuat janji, bermakna telah terbentuk satu tanggungjawab melaksanakannya. Tanggungjawab adalah amanah. Sesiapa tidak melaksanakan amanah dipanggil pecah amanah. Individu yang mementingkan nama baik sudah tentu tidak mahu dirinya dikenali sebagai tidak amanah. 

Orang yang tidak amanah tidak akan dipercayai untuk diserahkan tugas yang penting. Hal ini sudah tentu merugikan diri sendiri. Sekali identiti tidak amanah terlekat pada diri, sukarlah untuk dibuang daripada ingatan orang lain.  

Sikap tidak amanah, tidak menepati janji dan bercakap bohong mempunyai kaitan rapat. Tidak keterlaluan jika dikatakan orang tidak amanah layak dipanggil pencuri, seperti kata pepatah, senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi pencuri.

Tidak ada gunanya menerima janji dengan individu telah dikenali tidak beramanah. Kemungkinan janji itu tidak ditepati amat besar. Kita hanya perlu menyerahkan amanah kepada individu yang diketahui keupayaan melaksanakan amanah itu.  

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya).” (Surah an-Nisa, ayat 58). 

Dalam ayat lain pula dikaitkan antara amanah dengan janji. Firman-Nya bermaksud: Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya.” (Surah al-Mukminun, ayat 8).