Thursday 16 June 2016

Jenis nafsu dijelas dalam al-Quran

Dalam Al Quran, nafsu manusia boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu Nafsu Ammarah Bissu', Nafsu Lawwamah dan Nafsu Mutmainnah.

Nafsu Ammarah Bissu' sangat berbahaya apabila melekat pada diri seseorang manusia sebab ia suka mengarahkan manusia kepada perbuatan dan perilaku yang dilarang agama.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : “Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana  sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Yusof ayat 53)

Nafsu yang paling jahat dan paling zalim. Jika berbuat kejahatan, dia berbangga dengan kejahatannya. Kalau terpaksa susah kerana kejahatannya, dia sanggup.

Jika ada orang mengingatkannya tentang kejahatannya, dia akan menjawab, “Siapa yang cuba nak mengalang tindakan ku akan menanggung akibatnya!” Bayangkanlah, kalau orang macam ini jadi pemimpin dan berkuasa.

Nafsu amarah tidak dapat dikawal dgn sempurna oleh hati. Sekiranya hati tidak dapat meminta bantuan ilmu, hikmah kebijaksanaan dan akal, hati akan binasa.

Justeru, seseorang itu mudah terjerumus ke arah perbuatan yang melanggar syariat, tidak beradab, tidak berperi kemanusiaan, bertindak mengikut sesuka hati, zalim serta pelbagai keburukan dan bencana kepada diri serta persekitaran.

Susah nak tegur orang yang yang sebegini kerana tidak peka dengan kesilapan atau kesalahan yang dilakukan. Keras kepala!

Nafsu ammarah menduduki tahap paling rendah dalam kehidupan manusia, malah sebenarnya lebih rendah daripada binatang. Ini kerana binatang tidak mempunyai akal, sedangkan manusia mempunyai akal. Minta Allah jauhkan kita dari nafsu amarah.

Nafsu Lawwamah adalah nafsu yang sudah mengenal baik dan buruk. Nafsu tercela kerana kelalaian tuannya melaksanakan peraturan-peraturan Allah.

Nafsu ini mengarahkan pemiliknya untuk menentang kejahatan, tetapi suatu saat jika ia lalai beribadah kepada Allah S.W.T, maka ia akan terjerumus kepada dosa. Orang yang memiliki nafsu ini tidak tetap pendirian untuk menjalankan ketaatan dan meninggalkan perbuatan dosa.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : “(Tetapi) kerana mereka melanggar janjinya, Kami kutuk mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu. Mereka suka merobah perkataan (Allah) dari tempat-tempatnya, dan mereka (sengaja) melupakan sebagian dari apa yang mereka telah diperingatkan dengannya, dan kamu (Muhammad) senantiasa akan melihat kekhianatan dari mereka kecuali sedikit di antara mereka (yang tidak berkhianat), maka maafkanlah mereka dan biarkanlah mereka, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.” (Surah al-Maidah ayat 13)

Orang yang memiliki nafsu lawwamah sebegini memiliki jiwa menyesali perbuatan salah lakunya dan berinisiatif untuk kembali ke landasan yang benar.

Contohnya semalam melakukan dosa dan perkara maksiat yang dilarang di sisi agama. Hari ini dia sedar akan kesilapannya kerana terlalu mengikut nafsu, lalu ia insaf dan bertekad untuk tidak mengulanginya lagi.

Orang yang banyak dikuasai nafsu lawwamah juga mudah membaiki  diri dan mudah terima teguran org lain.

Ia juga tidak mudah hanyut dalam kesesatan yang membinasakan diri baik dalam kehidupan dunia mahupun akhirat. Selain dari itu, nafsu lawwamah juga sering memikirkan baik buruk, halal haram, betul salah, berdosa ataupun tidak dalam segala tindakan. Jelas nafsu Lawwamah ini lebih baik dari nafsu amarah bissu'.

Nafsu Mutmainnah adalah  nafsu yang membuat pemiliknya tenang dalam ketaatan. Nafsu ini telah mendapat rahmat Allah S.W.T. dan manusia yang mendapatkan nafsu ini akan mendapat reda Allah S.W.T. di dunia dan akhirat. Orang ini akan mendapat "husnul Khatimah"  di akhir hidupnya sebagai pintu menuju syurga Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T.: “Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku,  dan masuklah ke dalam surga-Ku.” (Surah al-Fajr ayat 27-30)

Orang yang memiliki nafsu mutmainnah dapat mengawal nafsu syahwat dengan baik dan sentiasa cenderung melakukan kebaikan. Juga mereka mudah bersyukur dan qanaah di mana segala kesenangan hidup tidak membuat dia lupa diri.

Mereka menerima anugerah Ilahi seadanya dan kesusahan yang dialami pula tidak menjadikan dirinya gelisah. Ini disebabkanhatinya ada ikatan yang kuat kepada Allah. Mereka juga mudah reda dengan ketetapan dan ujian Allah.

Marilah sama-sama kita didik hati dan jiwa kita kepada nafsu mutmainnah iaitu nafsu yang terbaik dan yang paling dicintai Allah.

Nafsu ini adalah nafsu yang paling di redai Allah.  Keredaan tersebut terlihat pada anugrah yang diberikan-Nya berupa senantiasa berzikir, ikhlas, mempunyai karomah, dan memperoleh kemuliaan,

Kemuliaan yang diberikan Allah S.W.T itu bersifat universal, ertinya jika Allah memuliakannya, siapa pun tidak akan boleh enghinakannya, demikian pula sebaliknya orang yang dihinakan oleh Allah S.W.T, siapa pun tidak boleh memuliakannya.

Seronok dapat main dengan adik ipar malam raya

Main dengan adik ipar malam raya. Ehh... buat dosa ya? Mana boleh main dengan adik ipar. Perbuatan dosa tu. Ya... perbuatan itu haram yang dilarang Islam. Melakukan perbuatan itu mengikut bisikan iblis dan syaitan. Syaitan itu musuh manusia suka perbuatan dosa dan binasa. 

Hukum dunia pula, jika ditangkap dan sabit oleh mahkamah, boleh disumbat ke dalam penjara atau denda wang. Malu besar nanti bila diketahi umum. Cerita layan adik ipar mudah masuk akhbar, televisyen dan media sosial. Wartawan media sosial paling gelojoh sebarkan berita sensasi. Masing-masing hendak jadi yang pertama sebar peristiwa menjadi tarikan orang ramai. 

Perbuatan layan adik ipar malam raya itu kira menyusahkan diri sendiri. Itu tidak termasuk bahaya mungkin akan terjadi. Padah besar perlu ditanggung akibat perbuatan itu. Menyesal tidak sudah nanti.  Ini bukan perkara kecil boleh buat main-main. Bahaya oiiii...

Namun, apakan daya aku. Aku kena juga layan kehendak adik iparku pada malam Raya Puasa atau malam Aidilfitri. Dia dah minta beberapa hari dulu. Mulanya aku kata tidak boleh, tetapi dia memaksa. Dia nak juga. Katanya, sekali main pun tidak apalah. Ia teringin dan ghairah sangat hendak rasai seperti kawan lain. Kawan dia kata seronok main.   

Malam raya sepatutnya buat ibadat. Bertakbir, bertahmid atau setidaknya buat persiapan Aidilfitri. Tetapi malam Raya Puasa ini dosa pula yang dilakukan. Jauh sangat daripada apa dituntut agama.    

Dalam aku menolak, terfikir juga, apa salahnya. Aku pun boleh tumpang gembira sekali. Sudah lama aku teringin hendak main mercun. Peluang jangan ditolak. Kali terakhir main mercun kira-kira 10 tahun lalu.

Tapi main mercun boleh dikira bala. Tidak kisahlah. Apa yang penting tahu jaga. Pasti perkara buruk boleh dihindarkan. Jangan lebih-lebih main sudahlah. Aku akan jadi abang ipar hebat. Bapa mertua pun tidak kisah aku main.  

Adik ipar aku memang nak main mercun dan bunga api. Dia mendesak biarpun sudah berkali-kali aku nyatakan pada adik iparku bahawa membakar mercun mendatangkan bahaya. Mungkin boleh sebabkan kecederaan dan maut. Tetapi dia tetap merengek hendak juga. Dah ramai yang putus jari, buta mata dan melecur. Mercun meletup di tangan. Hancur tangan dan menyebabkan cacat kekal.  Menyesal tidak guna lagi.

Sebab itu, perbuatan itu dikira haram dan perlu dijauhkan oleh umat Islam. Berdasarkan kaedah fikah, sesuatu yang bahaya adalah diharamkan.Islam ingin umatnya selamat dari kecelakaan dan keburukan. Menjauhkan yang buruk itu wajib.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan." (Surah al-Baqarah, ayat 195)

Manakala Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak ada kemudaratan dan tidak boleh memudaratkan.” (Hadis riwayat Ibnu Majah). 

Membakar mercun membazirkan wang. Sepatutnya duit diguna untuk tujuan lain. Boleh disedekah kepada fakir miskin, anak yatim dan orang berjihad.  

Membelanjakan wang bukan pada tempatnya satu perbuatan boros yang didorong oleh syaitan. Firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara syaitan, sedangkan syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhan.” (Surah al-Isra, ayat 27).

Seksyen 4(2) Akta Bahan Letupan 1957 memperuntukkan undang-undang sesiapa yang bersalah mengilang, memiliki atau mengimport mercun atau bunga api, boleh dihukum penjara lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

Mereka yang menyimpan mercun juga boleh didakwa di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 iaitu menyimpan atau memiliki barangan larangan. Jika sabit kesalahan, pihak yang terlibat boleh didenda tidak kurang dari 10 kali ganda dan tidak melebihi 20 kali ganda nilai barangan itu atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Berhati-hati dan beringat-ingatlah. Banyak kes kecelakaan mercun disebabkan orang dewasa tidak mengawai anak atau ahli keluarga masing-masing. Jangan kerana hendak bergembira, lain pula jadinya. Tragedi mercun merosakkan kemeriahan raya. 

Alangkah menyesalnya atas apa yang berlaku. Namun, yang terlanjur terjadi tidak boleh diundur lagi. Nasi sudah jadi bubur. Nasib badan tidak fikir panjang.

Biarlah kita tidak menunaikan kehendak anak atau saudara mara, asalkan kita tidak terjebak dengan perbuatan yang membahayakan. Memberi anak bermain mercun samalah memberi mereka sebutir bom. 

Kalau sudah berlaku kecelakaan, memang menyesal tidak sudah. Mereka yang pernah mengelami tragedi mercun saja yang tahu betapa menyesalnya bermain mercun. Kecacatan yang dialami akan menjadi igauan setiap kali sambut Aidilfitri. Pedihnya terasa sampai bila-bila. Menyesalnya tidak sudah.  

Jadi, jangan cuba bermain mercun. Kalau hendak bergembira menyambut Aidilfitri, banyak cara lain boleh dilakukan. Lakukan gotong royong bersih kawasan untuk sambut Aidilfitri, masak bersama menyediakan juadah, amalan ziarah dan sebagainya.

Anak-anak sekarang mungkin boleh dihalang bermain mercun dengan 'menyegok' mereka dengan gajet. Mereka leka bermain gajet hingga tidak lagi memikirkan tentang mercun.

Ikutlah ajaran Islam yang melarang kita melakukan perkara bahaya dan membazir. Puasa melatih kita sikap takwa. Bersih diri daripada perbuatan ditegah. Ibadat puasa menjadikan fitrah, suci bersih. Tetapi, jika masih melakukan amalan ditegah, bermakna ibadat puasa belum sempurna atau tidak mampu jadi perisai atau penghalang melakukan keburukan.